ini bukan cerita NORA ELENA.. tapi ini adalah cerita CIK ELYNA...

Sunday 22 April 2012

wanita yang paling cantik =)

nak jadi cantik x? kalau nak jadi cantik tak perlu nak pakai make up tebal-tebal sangat.. tak perlu jugak nak pakai skincare tu la skincare ni la sb kalau pakai make up tebal pun tu bukan wajah original kan.. xpakai make up pun boleh kita boleh jadi wanita yang paling cantik kalau kita :-

1. Melukis kekuatan melalui masalah.
Seorang perempuan tu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya sama ada dia lemah mahu pun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat, dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2. Tersenyum saat tertekan.
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya, kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau elyna juga turut sedemikian rupa kan..

3. Tertawa saat hati sedang menangis.
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian rupa kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa untuk menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4. Tabah di saat dihina.
Setiap yang berlaku itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satunya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya, semua itu bukanlah halangan untuk dia meneruskan hidupnya, malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk menghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam dirinya  menjadi perisai untuk dia menangkis segala hinaan daripada manusia yang tidak pernah mengenal erti katakutan azab YANG ESA.

5. Mempersonakan kerana memaafkan
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hatinya hingga hancur musnah. namun bagi seorang wanita yang cantik, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukan hatinya kerana baginya mereka inilah yang memberi dia peluang untuk menjadi lebih tabah.

6. Mengasihi tanpa balasan.
Kasihnya terhadap suami dan keluarga datang dari hatinya yang ikhlas. Bukannya kerana mengharapkan sebarang pembalasan kerana bagi wanita yang cantik ini, kasihnya bukan yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus malah mereka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala ujian dari YANG ESA. KAsih seorang wanita yang canti ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7. Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Illahi
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak akan mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA...

2 comments: